Membina Kepercayaan Antara Satu Sama Lain

Berkomunikasi dengan Bertimbang Rasa

Oleh sebab kita sentiasa berusaha untuk bertindak dengan disiplin dan tujuan, kita perlu bertimbang rasa dalam cara kita berkomunikasi.

Ahli pasukan kita yang dibenarkan sahaja boleh bercakap secara terbuka bagi pihak Flex. Perkara ini memastikan bahawa mesej kita jelas dan menyokong objektif kita. Sila rujuk Dasar Perhubungan Media kita untuk mengetahui lebih lanjut.

Semasa menggunakan media sosial atau laman luar, kita mestilah:

  • Tidak sekali-kali berkongsi maklumat tentang Flex, pelanggan Flex atau ahli gabungan perniagaan Flex
  • Mendapatkan kelulusan daripada pasukan Komunikasi Korporat sebelum menyiarkan apa-apa maklumat syarikat tentang Flex di tempat awam
  • Tidak sekali-kali berkongsi maklumat sulit di media sosial
  • Sentiasa ingat bahawa Tata dan dasar kita terpakai kepada semua tingkah laku dalam talian, termasuklah siaran media sosial
  • Merujuk Dasar, Proses dan Prosedur Media Sosial kita untuk mengetahui lebih lanjut
Teruskan Pembacaan

Membina Kepercayaan Di Seluruh Dunia

Bahagian Seterusnya