Menghormati Aset Flex
Aset Flex merupakan bahagian penting dalam cara kita menghasilkan produk hebat yang menambah baik kehidupan orang.
Perkara ini termasuklah paten, tanda dagangan, hak cipta, rahsia perdagangan, pengetahuan dan mana-mana harta peribadi tidak ketara yang lain. Kita juga mestilah menghormati hak IP pihak ketiga, termasuklah pelanggan dan rakan niaga. Kita hanya boleh menggunakan IP pihak ketiga dengan kebenaran dan hanya boleh menggunakan perisian yang diluluskan dan dilesenkan dengan betul. Kita tidak sekali-kali dibenarkan untuk menggunakan IP pihak ketiga tanpa kebenaran dan lesen yang diperoleh menerusi IT Flex.
- Aset fizikal kita termasuklah kemudahan, komputer dan telefon. Kita dijangkakan untuk mengambil semua langkah untuk melindungi aset ini daripada kecurian, kemusnahan dan penyalahgunaan. Kita mestilah menjaga keselamatan komputer riba dan peranti kita yang lain sepanjang masa, serta melaporkan kehilangan atau kecurian peranti ini dengan segera.
- Aset ini juga termasuklah aset pelanggan, seperti prototaip yang merupakan penyataan fizikal inovasi atau konsep pelanggan, model yang digunakan untuk menguji konsep pelanggan atau proses untuk mengesahkan aspek fungsian penting reka bentuk yang dimaksudkan.
Teknologi kita termasuklah sistem perisian dan komunikasi kita. Kita mestilah mengikut semua prosedur untuk melindungi sistem kita daripada pelanggaran data atau insiden keselamatan siber yang lain. Perkongsian ID dan kata laluan pengguna adalah sangat dilarang dan kita mestilah berhati-hati semasa menyambung ke rangkaian Wi-Fi yang tidak dikenali, memuat turun perisian atau mengakses pautan.
Penggunaan aset sewajarnya
Kita menggunakan aset Flex untuk mencapai misi kita. Kita tidak menggunakan aset untuk memuat turun, menyimpan atau menghantar bahan yang eksplisit, menyinggung perasaan atau berdiskriminasi. Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang, Flex boleh mengakses, mencari dan menyemak mana-mana komunikasi, data atau peralatan, dengan atau tanpa persetujuan kita.
Mengendalikan pelanggaran data
Jika kita mengesyaki apa-apa akses atau pencerobohan sistem syarikat yang tidak dibenarkan, kita mengikut Dasar Pelanggaran Data dan melaporkan insiden ini dengan serta-merta kepada dataprotection@flex.com.
Tanya diri anda
Baru-baru ini, kami ada perunding IT luar yang mengunjungi tapak kerja kami untuk membantu kami mengemas kini sistem komputer. Dia memberitahu saya bahawa dia membantu kami dengan memberikan beberapa “barang tambahan” sebagai sebahagian daripada perkhidmatannya. Pada mulanya saya menunjukkan penghargaan, namun kemudian saya sedar bahawa dia memasukkan perisian tidak berlesen ke dalam komputer saya. Adakah ini amalan standard?
Tidak. Tanpa mengira motivasinya, perunding IT tersebut bertindak bertentangan dengan dasar Flex dan undang-undang. Kita tidak sekali-kali menggunakan perisian tidak berlesen. Laporkan hal ini kepada pengurus anda dengan serta-merta. Perisian tidak berlesen harus dikeluarkan daripada semua peranti syarikat dan majikan perunding IT haruslah dimaklumkan tentang pelanggaran ini. Selain itu, muat turun perisian yang diiklankan sebagai perisian percuma atau penilaian hanya dianggap “percuma” bagi pelajar atau perniagaan kecil, dan bukan untuk syarikat perusahaan besar seperti Flex. Perisian hanya boleh dimasukkan dengan kebenaran jabatan IT Flex.