Membina Kepercayaan Di Seluruh Dunia

Hadiah dan Hiburan

Kejayaan kita dibina atas hubungan yang kukuh dan saling mempercayai dengan pelanggan dan rakan niaga kita. Untuk membina dan mengekalkan hubungan ini, kita boleh memberikan atau menerima hadiah yang munasabah dan hiburan yang wajar dalam keadaan tertentu.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh memberikan atau menerima hadiah atau hiburan sebegitu jika perkara tersebut menyebabkan atau kelihatan seperti kita bertanggungjawab terhadap penerima dalam apa-apa cara. Hadiah yang dibenarkan di sebuah negara dan di bawah dasar Flex mungkin dilarang oleh negara atau syarikat penerima. Sila rujuk Garis Panduan Hadiah & Hiburan Flex semasa kita memberikan atau menerima hadiah dan jika terdapat apa-apa soalan tentang sama ada hadiah dibenarkan atau tidak, sentiasa tanya pengurus atau Pasukan Etika dan Pematuhan.

Kita tidak sekali-kali meminta atau menerima apa-apa hadiah, hiburan atau ihsan perniagaan lain yang boleh mempengaruhi atau kelihatan seperti mempengaruhi keputusan perniagaan. Jika kita ditawarkan atau diberikan sesuatu yang bernilai dalam hubungan perniagaan, kita mestilah melaporkan hal ini kepada pengurus dengan serta-merta.

“Apa-apa yang bernilai” boleh termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Hadiah dalam bentuk pinjaman peribadi, wang tunai, kesetaraan wang tunai atau sekuriti

  • Hadiah dalam bentuk tiket ke persembahan atau acara sukan

  • Pinjaman hartanah, termasuklah kemudahan percutian atau peralatan untuk kegunaan peribadi

  • Perkhidmatan peribadi yang dilakukan pada nilai yang kurang daripada nilai pasaran

  • Diskaun pada pembelian barangan atau perkhidmatan untuk kegunaan peribadi

Tanya diri anda

Pasukan saya telah bekerja rapat dengan pelanggan dalam membina keupayaan automasi pelanggan. Kami mengharungi susah dan senang untuk menjalankan sistem ini. Baru-baru ini, pengurus daripada pelanggan ini menawarkan hadiah yang agak hebat kepada saya. Dia memberitahu saya bahawa saya boleh menggunakan tiket musim untuk permainan bola keranjang dan sukan hoki milik syarikatnya pada bila-bila masa saya mahu. Dia berkata bahawa mereka tidak pernah menggunakan kesemua tiket tersebut dan saya berhak menggunakan tiket itu disebabkan oleh kerja saya dengan syarikatnya. Tawaran ini menarik tetapi bukankah perkara ini melanggar dasar kita?

Ya, penerimaan hadiah besar yang bernilai daripada pelanggan tanpa kelulusan adalah bertentangan dengan dasar Flex. Kita memenangi dan mengekalkan perniagaan berdasarkan kualiti kerja kita. Meskipun penerimaan tiket ke satu perlawanan (dengan kelulusan yang wajar) mungkin tidak apa-apa, namun hadiah tiket musim akan dianggap sebagai berpotensi mempengaruhi pertimbangan perniagaan anda. Anda harus menolak tawaran ini dengan baik dan memaklumi pengurus anda tentang tawaran ini.

Teruskan Pembacaan

Perdagangan Orang Dalam

Bahagian Seterusnya