Membina Kepercayaan Di Seluruh Dunia

Tidak Bertolak Ansur Terhadap Rasuah atau Korupsi

Sebagai perniagaan global yang sentiasa melakukan perkara yang betul, kita mestilah tidak sekali-kali mencari kelebihan tidak wajar melalui apa-apa jenis bayaran yang tidak wajar.

Flex melarang apa-apa bentuk rasuah, sogokan dan bayaran tidak wajar. Kita semua dijangkakan mematuhi semua undang-undang antirasuah dan antikorupsi yang berkenaan, di mana-mana kita berurus niaga. Perkara ini termasuklah Akta Amalan Rasuah Asing (FCPA) A.S. dan Akta Rasuah U.K. 2010.

Kita mencegah rasuah dan bentuk korupsi lain apabila kita:

  • Tidak sesekali menawarkan, menjanjikan atau memberikan apa-apa yang bernilai kepada sesiapa untuk mempengaruhi apa-apa keputusan perniagaan
  • Tidak sekali-kali mengambil kerja pihak ketiga (seperti perunding, ejen atau rakan niaga) untuk membuat apa-apa bayaran yang tidak akan kita buat sendiri
  • Tidak sekali-kali menerima apa-apa yang bernilai untuk mempengaruhi keputusan perniagaan
  • Lebih berwaspada semasa berurusan dengan kerajaan dan pegawai kerajaan
  • Menghubungi Jabatan Undang-undang sebelum menjawab apa-apa pertanyaan daripada entiti kerajaan

Apakah itu rasuah, sogokan dan bayaran pemudahan?

“Rasuah” ialah apa-apa yang bernilai. Rasuah boleh berbentuk wang tunai, hadiah, hiburan atau ihsan perniagaan. Rasuah diberikan dengan niat untuk mempengaruhi tindakan atau keputusan perniagaan orang lain secara tidak wajar.

“Sogokan” ialah bayaran wang atau apa-apa yang bernilai sebagai ganjaran kerana memberikan perniagaan atau kelebihan perniagaan yang tidak wajar.

“Bayaran pemudahan” lazimnya dalam jumlah yang kecil. Bayaran ini dibuat kepada pegawai kerajaan untuk mendapatkan atau mempercepat tindakan kerajaan yang rutin atau tanpa budi bicara. Bayaran pemudahan dilarang di Flex.

Bagaimanakah jika pekerja dipaksa membuat atau menerima bayaran dalam keadaan dures?

Bayaran dures tidak melanggar dasar ini. Pekerja haruslah melaporkan apa-apa permintaan bayaran dures sebelum membuat bayaran. Jika perkara ini tidak dapat dilakukan, laporan mestilah dibuat secepat mungkin menggunakan mana-mana sumber pelaporan kita.

 

Pegawai kerajaan

Urusan perniagaan kita lazimnya melibatkan kerajaan di seluruh dunia. Apabila bekerja dengan kerajaan dan pegawai kerajaan, kita mestilah lebih berwaspada. Amalan rasuah dengan pegawai kerajaan boleh sangat memudaratkan reputasi Flex dan membawa kepada hukuman berat. Mana-mana dan semua kontrak dengan entiti atau pegawai kerajaan mestilah disemak dan diluluskan oleh Jabatan Undang-undang. Perkara yang sama juga terpakai untuk mana-mana hadiah atau hiburan yang ingin disediakan oleh Flex untuk pegawai kerajaan. Prakelulusan diperoleh menggunakan Alat Kelulusan Hadiah & Kemudahan.

Teruskan Pembacaan

Hadiah dan Hiburan

Bahagian Seterusnya