Mengamalkan dan Bekerja mengikut Tata Kita
Kejayaan Flex yang berpanjangan bergantung pada komitmen kita semua untuk mengamalkan dan bekerja mengikut Tatakelakuan Perniagaan dan Etika ini.
Sebagai pemimpin, pengurus memainkan peranan khas. Pengurus merupakan barisan pelaporan yang pertama. Apa-apa kebimbangan tentang pelanggaran Tata kita atau undang-undang juga merupakan kebimbangan pengurus. Untuk memainkan peranan mereka dengan cara terbaik, pengurus mestilah:
- Bersikap terbuka agar pekerja berasa selesa melaporkan kebimbangan
- Memajukan kebimbangan dengan betul dan tepat pada masanya
- Memimpin melalui teladan dengan mematuhi Tata kita
Menerusi Dasar Pintu Terbuka kita, pekerja akan sering menyuarakan kebimbangan mereka kepada pengurus atau pengurus mungkin melihat salah laku secara langsung. Di bawah terdapat panduan rujukan pantas bagi perkara yang harus dilaporkan dengan serta-merta kepada Pasukan Etika dan Pematuhan, sama ada melalui alat pelaporan atau kepada compliance.counts@flex.com. Panduan ini bertujuan sebagai alat rujukan dan bukan senarai yang terangkum sepenuhnya, maka jika anda mempunyai apa-apa keraguan tentang sama ada anda perlu memajukan isu kepada Pasukan Etika dan Pematuhan atau tidak, anda harus memilih untuk menyuarakan isu tersebut.
Apakah yang perlu saya laporkan sebagai seorang pengurus?
Perkara yang perlu dilaporkan dengan serta-merta termasuklah dakwaan:
- Tindakan balas
- Diskriminasi atau gangguan
- Kegagalan menghormati kepelbagaian, termasuklah kegagalan memenuhi keperluan perubatan
- Gangguan seksual (lisan, fizikal atau digital, termasuklah di media sosial)
- Keadaan kerja yang tidak selamat
- Pelanggaran RBA, termasuklah kebimbangan hak asasi manusia dan asrama atau pengangkutan yang tidak bersih atau tidak selamat
- Salah nyata atau pelaporan kewangan
- Kecurian
- Pemerolehan atau penerimaan sogokan
- Tingkah laku korup, terutamanya yang melibatkan pegawai awam
- Pelanggaran sekatan perdagangan
- Pelanggaran keselamatan IT atau pelanggaran data
- Salah pengendalian harta intelek, termasuklah penggunaan perisian tidak berlesen
- Konflik kepentingan
Sudah menjadi tanggungjawab semua orang untuk mengamalkan dan bekerja mengikut Tata. Tata kita terpakai kepada semua orang yang bekerja untuk Flex dan anak syarikat Flex atau pihak yang menjalankan perniagaan bagi pihak Flex, sama ada sebagai pekerja, pekerja agensi, pegawai, ahli lembaga atau ahli gabungan perniagaan Flex. Ahli gabungan perniagaan Flex termasuklah kakitangan sementara, vendor, pembekal, kontraktor, perunding, wakil dan ejen Flex.