Membina Kepercayaan Antara Satu Sama Lain

Melindungi Maklumat Peribadi dan Sulit

Semasa kita bekerja, kita sering memiliki akses kepada, menghasilkan dan menggunakan maklumat sulit. Pencerobohan sistem maklumat kita atau mana-mana jenis pendedahan tanpa izin yang lain terhadap maklumat sulit atau proprietari Flex, boleh menjejaskan syarikat dan pekerja kita, serta melemahkan kedudukan bersaingan kita.

Kita mematuhi semua undang-undang yang melindungi privasi dan kerahsiaan maklumat. Kita mengambil langkah wajar untuk mengurus dan melindungi maklumat peribadi dan sulit daripada akses atau penggunaan tanpa izin atau tidak wajar. Perkara ini termasuklah melindungi data pelanggan atau peribadi yang mungkin boleh kita akses.

Kita semua sentiasa memainkan peranan dalam melindungi maklumat kita. Kita merupakan barisan pertahanan pertama terhadap pendedahan maklumat sulit secara tidak wajar dalam apa-apa bentuk, termasuklah salinan cetak, elektronik dan lisan. Sepanjang dan selepas tempoh pekerjaan atau semasa berurus niaga dengan Flex, kita mestilah melindungi maklumat peribadi dan sulit dengan hanya mendedahkan maklumat ini kepada pihak yang dibenarkan untuk menerima maklumat tersebut. Daripada penghasilan sehingga pemusnahan, maklumat sulit mestilah dilabelkan dan dilindungi sewajarnya, termasuklah semasa penghantaran dan penyimpanan, dalam semua bentuk: salinan cetak, elektronik dan lain-lain.

Apakah itu maklumat sulit?

“Maklumat sulit” bermakna maklumat tentang Syarikat, rakan kongsi atau pekerja kita yang secara umumnya tidak tersedia kepada umum atau yang difahami secara munasabah sebagai sulit.

Perkara ini tidak termasuk maklumat yang anda dedahkan kepada orang lain tentang pampasan peribadi anda sendiri serta terma dan syarat pekerjaan anda, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Apakah beberapa contoh maklumat sulit?

  • Penyelidikan dan pembangunan
  • Data kewangan, kos dan belanjawan
  • Rancangan, ramalan dan strategi perniagaan
  • Maklumat harga
  • Hala tuju produk
  • Data pemasaran dan jualan
  • Maklumat pembekal, pelanggan dan rakan niaga
Teruskan Pembacaan

Menghormati Aset Flex

Bahagian Seterusnya