Membina Kepercayaan Antara Satu Sama Lain

Sifar Tolak Ansur Terhadap Keganasan di Tempat Kerja

Flex mempunyai sifar tolak ansur terhadap keganasan di tempat kerja di mana-mana kita berurus niaga. Kita melarang mana-mana tingkah laku yang mengancam atau boleh menyebabkan kecederaan fizikal kepada orang lain.

Jika anda menyaksikan atau mengalami tindakan keganasan di tempat kerja, hubungi pihak berkuasa tempatan (polis) dengan serta-merta, diikuti dengan pihak keselamatan tempatan. Jika anda menyaksikan atau mengalami ancaman keganasan, hubungi pasukan keselamatan tempatan dengan serta-merta. Tempat kerja termasuklah mana-mana tapak, asrama dan pengangkutan (bas) Flex dan/atau acara syarikat.

Tingkah laku yang dilarang

Keganasan di tempat kerja terdiri daripada serangan fizikal, ancaman keganasan dan tingkah laku yang menakutkan. Tingkah laku yang dilarang termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • Pemilikan senjata di tempat kerja, termasuklah di tempat letak kereta (tertakluk pada undang-undang tempatan yang berkenaan)
  • Serangan lisan
  • Ancaman dan ugutan
  • Langsangan fizikal
  • Pengintaian
  • Pembulian

Ancaman keganasan

Ancaman keganasan boleh berbentuk lisan, bukan lisan atau fizikal. Ancaman keganasan ditakrifkan sebagai ugutan lisan dan/atau bukan lisan yang dianggap oleh mangsa sebagai ancaman keganasan.

Teruskan Pembacaan

Melindungi Maklumat Peribadi dan Sulit

Bahagian Seterusnya