Membina Kepercayaan Antara Satu Sama Lain

Bertanya Soalan dan Menyuarakan Kebimbangan

Tata kita tidak dapat menghuraikan setiap situasi yang mungkin timbul. Jika jawapan tidak ada dalam Tata atau jika anda tidak pasti tentang apa-apa dalam Tata kita, anda mestilah bertanya soalan. Kita semua bertanggungjawab untuk mencari jawapan.

Bergantung pada jenis soalan yang timbul, kita boleh menghubungi:

Flex mengakui kepentingan bersuara dan menggalakkan tindakan ini pada setiap peluang yang ada. Penyuaraan kebimbangan atau pengenalpastian bahagian untuk penambahbaikan tidak hanya menangani satu masalah; tindakan ini boleh membawa kepada perubahan organisasi yang positif dan persekitaran kerja yang lebih baik. Tindakan bersuara membantu Flex bertambah baik.

Sekiranya anda mengesyaki pelanggaran Tata kita, dasar kita atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang berkenaan, anda bertanggungjawab untuk melaporkan pelanggaran tersebut. Perlindungan kerahsiaan yang sama dan jika dibenarkan, keawanamaan, disediakan melalui setiap kaedah pelaporan. Apa-apa potensi pelanggaran boleh dilaporkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Perkhidmatan terjemahan tersedia.

Pasukan Etika dan Pematuhan Flex menyemak semua laporan yang dibuat berkenaan dengan potensi pelanggaran Tata kita, dasar kita atau undang-undang yang berkenaan. Flex boleh menjalankan siasatan laporan dan jika wajar, mengenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan bagi pelanggaran Tata kita atau dasar kita.

Sesiapa yang mempunyai kebimbangan, termasuklah setiap ahli pasukan dan gabungan perniagaan Flex, boleh:

Teruskan Pembacaan

Kita Tidak Bertolak Ansur dengan Tindakan Balas

Bahagian Seterusnya