Pesanan daripada CEO Kita
Di Flex, kita memimpin menerusi nilai teras dan Cara Kita Bekerja dengan menyokong satu sama lain semasa kita berusaha untuk mencari jalan yang lebih baik, bergerak pantas dengan disiplin dan tujuan serta sentiasa melakukan perkara yang betul. Kejayaan perniagaan kita sepanjang separuh abad yang lalu, sebahagian besarnya disebabkan oleh komitmen ini terhadap kejujuran, integriti dan ketelusan dalam kalangan pekerja Flex serta dengan semua pelanggan dan pihak berkepentingan kita. Kepercayaan boleh hilang dengan cepat apabila keputusan tidak beretika dibuat.
Misalnya, pedoman penting untuk ditanya kepada diri sendiri adalah, “Adakah saya akan berbangga dengan keputusan atau tindakan yang bakal saya buat jika hal ini didedahkan secara umum kepada rakan sekerja atau kepada ahli keluarga saya?” Jika tidak, maka anda harus mempertimbangkan semula keputusan dan lakukan perkara yang betul.
Tatakelakuan Perniagaan & Etika kita (“Tata kita”) ialah alat yang membantu kita mengekalkan standard yang tinggi. Saya meminta anda semua mengambil masa untuk menyemak Tata ini dengan terperinci, membiasakan diri dengan kandungan Tata dan mematuhi keperluan Tata. Tata kita terpakai kepada kita semua dan jangkaan serta risiko yang diterangkan di sini memerlukan perhatian semua orang.
Tata kita tidak dapat meliputi semua perkara dan anda mungkin mendapati bahawa anda mempunyai soalan atau kebimbangan yang tidak ditangani sepenuhnya di sini. Jika begitu, anda harus bersuara dan bertanya soalan. Kita semua juga mempunyai tanggungjawab untuk bersuara apabila kita menyedari apa-apa kelakuan yang mungkin melanggar undang-undang, peraturan atau Tata kita. Sesiapa yang bersuara atau membantu siasatan akan disokong dan mana-mana tindakan balas terhadap orang yang bersuara tidak akan ditolak ansur.
Saya berbangga menjadi sebahagian daripada Flex, sebuah organisasi yang luar biasa. Nilai dan Tata kita membentuk asas untuk kita mencapai visi kita untuk menjadi rakan teknologi global, rantaian bekalan dan penyelesaian pembuatan yang paling dipercayai untuk menambah baik dunia. Pekerja kita mahir, bertimbang rasa dan komited. Saya tahu anda semua akan mengambil masa untuk mempertimbangkan maklumat penting ini dan berwaspada dalam membantu Flex kekal sebagai organisasi yang beretika dan patuh.
Salam Mesra,Revathi Advaithi
Ketua Pegawai Eksekutif