Membina Kepercayaan Antara Satu Sama Lain

Kita Tidak Bertolak Ansur dengan Tindakan Balas

Flex tidak bertolak ansur dengan tindakan balas. Sesiapa yang terlibat dalam tindakan balas boleh dikenakan tindakan disiplin sehingga dan termasuk penamatan pekerjaan.

Tindakan balas tidak ditolak ansur dalam apa-apa cara terhadap sesiapa yang dengan niat baik:

  • Melaporkan potensi pelanggaran Tata kita, dasar kita atau undang-undang
  • Menyertai mana-mana siasatan tentang mana-mana potensi pelanggaran Tata kita, dasar kita atau undang-undang
  • Mendapatkan nasihat atau bertanya soalan tentang amalan perniagaan Flex atau rakan niaga kita

Semua bentuk tindakan balas adalah dilarang. Tindakan balas boleh termasuk perubahan waktu kerja, penjadualan, keadaan kerja, jawatan atau tanggungjawab kerja. Usaha untuk mengetahui atau mendedahkan identiti pelapor atau saksi sulit, atau bertanya soalan untuk menentukan fakta yang dikongsi oleh pelapor atau saksi, turut dilarang.

Flex bekerjasama dengan permintaan dan siasatan kerajaan. Apabila apa-apa notis kerajaan, sepina, waran geledah, permintaan wawancara atau apa-apa permintaan bukan rutin lain dibuat, hubungi Jabatan Undang-undang tempatan atau serantau dengan serta-merta.

Tanya diri anda

Saya menyuarakan isu keselamatan kepada pengurus saya dan beliau tidak kelihatan senang hati. Selepas itu, beliau menugaskan syif malam kepada saya. Saya sanggup bekerja syif malam sekali-sekala, tetapi bukan sepanjang masa. Beliau tahu bahawa saya mempunyai anak dan tindakan melihat anak saya pada waktu malam adalah penting bagi saya. Adakah beliau menukar jadual saya hanya untuk membalas dendam kepada saya?

Keputusan pengurus anda menukar jadual anda mungkin merupakan respons terhadap isu keselamatan yang anda suarakan. Jika begitu, tindakan itu merupakan tindakan balas. Hubungi HR atau Pasukan Etika dan Pematuhan untuk menyuarakan kebimbangan anda atau gunakan alat pelaporan kita untuk membuat laporan sulit. Kita tidak bertolak ansur dengan tindakan balas.

Tanya diri anda

Biasanya saya berbaik-baik dengan semua rakan sekerja saya. Namun begitu, baru-baru ini sedikit ketegangan timbul antara saya dengan seorang ahli pasukan saya. Saya perasan bahawa dia ditugaskan kurang kerja daripada saya dan nampaknya pengurus kami sentiasa tidak tegas dengannya. Pengurus kami akan membenarkan dia bekerja dari rumah pada bila-bila masa dia mahu, kemudian meminta saya memeriksa kerjanya dan membetulkan apa-apa kesilapan. Kemudian, saya dapat tahu bahawa dia dan pengurus saya menjalinkan hubungan romantik. Apabila saya bersemuka dengan pengurus saya tentang hal ini, beliau menyuruh saya untuk melupakan hal ini, jika tidak beliau akan memindahkan saya ke pasukan lain, di bawah pengurus baharu. Apakah yang patut saya lakukan?

Tingkah laku pengurus anda tidak dapat diterima. Pemberian layanan istimewa kepada seorang pekerja disebabkan oleh kepentingan romantik adalah tidak wajar dan pemindahan anda kerana kebimbangan anda merupakan tindakan balas. Laporkan insiden ini dengan serta-merta kepada HR atau Pasukan Etika dan Pematuhan untuk menyuarakan kebimbangan anda atau membuat laporan sulit.

Teruskan Pembacaan

Melayan Semua Orang dengan Rasa Hormat

Bahagian Seterusnya