Membina Kepercayaan Di Seluruh Dunia

Membina Kepercayaan dan Kebertanggungjawapan dalam Rantaian Bekalan Kita

Kita memilih dan bekerja dengan pembekal berdasarkan merit. Sebagai syarikat global yang dipercayai, kita juga menjangkakan pembekal dan rakan niaga kita yang lain berkongsi standard etika kita yang tinggi.

Kita hanya membeli dan menggunakan bahan daripada sumber yang wajar dan dibenarkan dengan betul. Jika kita memperoleh perniagaan dalam jangka pendek secara tidak beretika, kemudaratan terhadap reputasi kita dalam jangka panjang adalah tidak berbaloi.

Untuk membina kepercayaan dan kebertanggungjawapan dalam rantaian bekalan, kita mestilah:

  • Menggunakan proses pembidaan yang bersaingan, adil dan telus dengan semua pembekal dan rakan niaga yang berpotensi
  • Mengikut semua dasar penyumberan global Flex dan dasar tapak yang wajar semasa memperoleh perniagaan
  • Tidak sekali-kali menerima sogokan atau jenis bayaran lain sebagai balasan kita mempertimbangkan pembekal
  • Melaporkan apa-apa kebimbangan tentang pembekal dan rakan niaga kita dengan serta-merta, sama ada berkaitan dengan proses pembidaan atau pelanggaran undang-undang atau dasar
  • Menggunakan audit kendiri pembekal dan audit pekerja Flex dengan tatakelakuan pembekal yang tersedia secara umum dalam rantaian bekalan kita untuk memastikan pematuhan kewajipan dan dasar keselamatan, kontrak, alam sekitar serta hak asasi manusia
  • Melakukan usaha wajar terhadap semua pihak ketiga yang berinteraksi dengan kerajaan bagi pihak Flex untuk memastikan pematuhan penuh undang-undang, peraturan dan terma kontrak

Perikatan Perniagaan Bertanggungjawab

Flex juga merupakan ahli pengasas dan proaktif Perikatan Perniagaan Bertanggungjawab (RBA). Oleh itu, kita menghendaki pembekal mematuhi Tatakelakuan RBA yang termasuk dalam amalan keselamatan rantaian bekalan.

Teruskan Pembacaan

Mengekalkan Ketepatan Buku dan Rekod

Bahagian Seterusnya