Membina Kepercayaan Di Seluruh Dunia

Mematuhi Semua Undang-undang Sekatan Perdagangan, Embargo dan Kawalan Eksport

Flex menjalankan perniagaan di seluruh dunia. Oleh itu, kita tertakluk pada pelbagai undang-undang perdagangan yang boleh mengawal cara dan tempat urus niaga serta pihak yang boleh berurus niaga dengan kita.

Kita dikehendaki mematuhi semua undang-undang perdagangan berkenaan yang melibatkan sekatan perdagangan, embargo dan aktiviti import serta eksport di setiap negara yang kita beroperasi. Kita memastikan pematuhan yang terbaik apabila kita:

  • Mengetahui pihak yang berurus niaga dengan kita dan standard undang-undang yang berkenaan
  • Tidak sekali-kali berurus niaga dengan entiti atau individu yang dilarang oleh undang-undang atau melakukan urus niaga yang tidak dibenarkan dengan negara yang tertakluk pada embargo perdagangan atau sekatan ekonomi
  • Mematuhi sekatan perdagangan yang dikenakan pada produk khusus seperti item ketenteraan atau dwipenggunaan

 

Undang-undang antiboikot

Flex dikehendaki mematuhi semua undang-undang perdagangan dan cukai antiboikot persekutuan. Kita tidak akan bekerjasama dengan boikot antarabangsa yang telah disekat oleh kerajaan A.S. dan kita akan melaporkan mana-mana permintaan boikot kepada kerajaan A.S.

Tanya diri anda

Saya teruja dengan kerja yang saya lakukan untuk Flex. Saya suka bekerja dalam perniagaan penjagaan kesihatan dan saya tahu bahawa kerja yang kita lakukan menghasilkan produk yang diperlukan oleh orang untuk kekal sihat. Namun begitu, baru-baru ini saya perasan bahawa proses saringan di tapak kerja kami agak longgar dari segi pengimportan dan pengeksportan bekalan serta produk. Budaya kami di sini tidak seketat yang sepatutnya. Saya menyuarakan hal ini kepada pengurus saya dan dia memberitahu saya bahawa saya terlampau bimbang. Pengurus saya berkata bahawa pematuhan sekatan bukanlah keutamaan dan lebih baik jika bekalan kami terus dipindahkan. Apakah yang patut saya lakukan?

Pematuhan sekatan sangat penting terhadap reputasi dan perniagaan kita. Anda harus melaporkan kebimbangan ini kepada Pengarah Pematuhan untuk Perdagangan atau Pasukan Etika dan Pematuhan, atau gunakan alat pelaporan sulit kita. Kita mestilah mengadakan proses saringan yang cekap di kemudahan kita untuk memastikan pematuhan penuh semua undang-undang perdagangan, di mana-mana kita berurus niaga.

Teruskan Pembacaan

Penglibatan dengan Komuniti Kita

Bahagian Seterusnya