Membina Kepercayaan Di Seluruh Dunia

Perdagangan Orang Dalam

Sebagai perniagaan dinamik yang bergerak pantas, Flex sentiasa berkembang. Maklumat tentang cara kita berkembang mungkin bermanfaat bagi pelabur, tetapi bukan semua maklumat tersebut boleh diketahui umum.

Sepanjang pelaksanaan tugas kita di Flex, kita mungkin menemukan maklumat bukan umum penting (MNPI). MNPI boleh terpakai untuk Flex atau pelanggan, pembekal, ahli gabungan perniagaan Flex atau pihak ketiga yang lain.

Perdagangan berdasarkan MNPI atau pemberian MNPI kepada orang lain untuk tujuan perdagangan ialah perdagangan orang dalam. Flex melarang perdagangan orang dalam, begitu juga dengan undang-undang. Sesiapa yang memberikan maklumat atau berdagang semasa memiliki MNPI berdepan dengan liabiliti sivil dan jenayah. Perkara ini boleh termasuk denda kewangan yang besar dan juga hukuman penjara. Kita tidak sekali-kali memberikan maklumat atau berdagang atas dasar MNPI dan mana-mana ahli keluarga atau isi rumah kita juga tidak patut berbuat demikian. Kita mestilah sentiasa bersuara menerusi salah satu saluran pelaporan kita jika kita mengesyaki sesiapa yang bergabung dengan Flex melakukan perdagangan orang dalam.

 

Apakah maklumat bukan umum penting?

MNPI ialah maklumat yang belum diketahui umum yang akan dianggap penting oleh pelabur yang munasabah dalam membuat keputusan untuk membeli, menjual atau menyimpan sekuriti tertentu. Ingat, MNPI boleh terpakai untuk maklumat bukan sekadar tentang Flex, tetapi juga tentang pelanggan dan pembekal kita.

Contoh MNPI termasuklah perkara berikut:

  • Maklumat dan ramalan perolehan
  • Penyatuan dan pengambilalihan
  • Pembangunan produk baharu
  • Perolehan atau kehilangan kontrak atau pelanggan yang penting
  • Litigasi besar yang belum selesai atau diancam atau siasatan kerajaan
  • Perubahan pihak pengurusan utama
  • Insiden keselamatan siber

Tanya diri anda

Pasukan saya sedang dalam rundingan dengan pelanggan tentang fasa baharu projek kami. Semasa salah satu mesyuarat kami, seseorang menyatakan bahawa pelanggan ini akan bergabung dengan syarikat besar lain dalam sektor mereka. Salah seorang ahli pasukan saya yang juga berada dalam mesyuarat tersebut, bertanya pendapat saya tentang kemungkinan kesan penyatuan ini terhadap harga saham pelanggan kami. Saya berasa bahawa soalan ini aneh tetapi pada masa yang sama, saya cuma membalas, “Saya tidak tahu”. Patutkah saya berasa bimbang bahawa seseorang dalam pasukan saya mungkin mempertimbangkan perdagangan orang dalam?

Ada sebab untuk anda berasa bimbang. Maklumat bukan umum tentang penyatuan akan bermanfaat buat pelabur. Tindakan berdasarkan maklumat sebegitu, walaupun tentang pelanggan atau memberikan maklumat kepada pelabur luar tentang maklumat sebegitu adalah bertentangan dengan dasar Flex dan undang-undang. Bincang dengan ahli pasukan anda tentang isu ini dan pastikan anda jelas tentang potensi akibat. Kemukakan juga hal ini kepada pengurus atau hubungi Pasukan Etika dan Pematuhan berkenaan dengan kebimbangan anda. Kita tidak sekali-kali menggunakan MNPI untuk keuntungan peribadi.

Teruskan Pembacaan

Mematuhi Semua Undang-undang Sekatan Perdagangan, Embargo dan Kawalan Eksport

Bahagian Seterusnya