Membina Kepercayaan Antara Satu Sama Lain
Komited Terhadap Kepelbagaian, Kesaksamaan dan Keterangkuman
Kita percaya bahawa perbezaan kita menjadikan kita lebih kuat.
Flex komited untuk:
- Membina dan mengekalkan tempat kerja yang pelbagai, saksama dan terangkum yang semua orang dihargai atas sumbangan dan perspektif mereka yang unik
- Menggalakkan kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman dalam urus niaga perniagaan kita untuk mengembangkan peluang untuk semua orang
- Menyokong kepelbagaian, kesaksamaan dan keterangkuman dalam komuniti di tempat kita beroperasi
Di Flex, kita semua bertanggungjawab untuk mengamalkan nilai-nilai ini.
Raikan perbezaan.
Keadilan dan kesaksamaan diperlukan.
Pemerkasaan melalui kepunyaan.
Peluang sama rata
Kita semua berhak mendapatkan peluang sama rata dan layanan yang adil. Kita melarang diskriminasi berdasarkan apa-apa ciri yang dilindungi oleh undang-undang, termasuklah:
- Jantina
- Usia
- Kelainan upaya
- Keetnikan, negara asal, bangsa atau warna kulit
- Agama
- Identiti jantina atau orientasi seksual
- Status keluarga, termasuklah kehamilan
- Status tentera atau veteran
Keputusan yang berkaitan dengan mana-mana aspek pengambilan kerja adalah berdasarkan kelayakan untuk pekerjaan tersebut.