Mengekalkan Ketepatan Buku dan Rekod
Dalam sejarah yang berdekad-dekad lamanya, Flex telah membina kepercayaan dengan pelanggan, ahli gabungan perniagaan dan pemegang saham kita, serta orang awam dan pengawal selia. Untuk mengekalkan kepercayaan ini, kita perlu menghasilkan dan mengekalkan buku dan rekod yang jujur dan tepat.
Setiap daripada kita bertanggungjawab terhadap kejujuran dan ketepatan rekod yang kita kendalikan dalam urusan perniagaan.
Untuk mengekalkan rekod yang tepat, kita mestilah:
- Membenarkan, melaksanakan dan merekodkan semua urus niaga kewangan, tanpa mengira betapa kecilnya urus niaga, mengikut dasar Flex
- Tidak sekali-kali memalsukan, mengecualikan, mengubah suai, menyembunyikan atau sebaliknya memberikan gambaran salah tentang mana-mana maklumat dalam rekod Flex
- Melaporkan mana-mana ketidaktepatan atau pelanggaran kawalan dalaman Flex dengan serta-merta kepada salah satu sumber yang disenaraikan di sini, termasuklah talian penting pihak ketiga awanama atau laman web pelaporan
- Tidak sekali-kali menyimpan dana korporat yang tidak didedahkan atau tidak direkodkan untuk apa-apa tujuan
- Menjalankan semua urus niaga kewangan dengan telus sepenuhnya. Perkara ini bermakna berurus niaga hanya dengan pihak yang dibenarkan dan mematuhi semua undang-undang antipengubahan wang haram yang berkenaan
Dasar Perjalanan dan Hiburan
Oleh sebab Flex merupakan syarikat global, pekerja seringkali mengembara untuk tujuan perniagaan. Kita semua dijangkakan untuk mengikut Dasar Perjalanan dan Hiburan semasa mengembara. Perkara ini bermakna menyimpan rekod yang tepat dan hanya menyerahkan resit untuk pembayaran ganti yang berkaitan secara langsung dengan perjalanan perniagaan dan wajar untuk pembayaran ganti.